KUALA LUMPUR: PAS mula menggerakkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) di Selangor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berakhir pada Sabtu.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau bersama pimpinan parti mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan PAS Selangor pada pagi Ahad bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.
“Semalam berakhir PRN Melaka.
“Pagi ini kami jumpa Perhubungan PAS Selangor pula untuk persiapan PRU16.
“Insya-Allah giliran seterusnya ialah Selangor,” katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Ahad.
Perkembangan itu memberi isyarat bahawa PAS mula memberikan perhatian kepada persiapan pilihan raya di Selangor selepas parti itu melalui proses pilihan raya di Melaka.
Pada PRN Melaka ke-16, Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh empat kerusi dan Perikatan Nasional (PN) memenangi tiga kerusi.










