PRN: “Saya Tak Akan Bertanding”

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan dirinya tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Meskipun begitu, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu akan memberikan sokongan secara aktif kepada Proklamasi Orang Melayu.

“Saya tidak akan bertanding untuk PRN negeri tapi saya akan aktif menyokong pergerakan Orang Melayu di negara ini. Mereka takut negara ini akan dijadikan milik orang lain bukan lagi negeri orang Melayu.

“Mereka nak jadikan negara ini sebagai negra pelbagai kaum dan semua tolak orang Melayu dan menjadi lebih miskin, jadi objektif saya bukan untuk menjadi Perdana Menteri lagi sekali,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan akan mengadakan pilihanraya negeri setelah Dewan Undangan Negeri masing-masing telah dibubarkan, manakala Negeri Sembilan dijadualkan dibubar 1 Julai depan.

Dalam sidang media sama, Mahathir diajukn mengenai rancangannya untuk bertemu dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, Mahathir dikatakan mahu bertemu dengan Muhyiddin dengan misi kembali bekerjasama sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Malah Mahathir turut berkata, pihaknya sedia untuk bekerjasama dalam PRN di enam negeri dan percaya perkara itu boleh dibincangkan.

“Sebelum Raya Haji agak sukar kerana esok adalah hari raya, saya nak jumpa dengan Muhyiddin untuk jelaskan pergerakan Proklamasi Orang Melayu.

“Ini bukan untuk sokong sesiapa, ia untuk sokong orang Melayu secara keseluruhannya kerana kita lihat orang Melayu hilang kawalan terhadap negara ini dan mereka akan menderita sekiranya tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir negara ini,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles