Presiden UMNO Dijadual Adakan Taklimat Bersama Ahli Parlimen PAS, Wawasan

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual mengadakan taklimat bersama Ahli Parlimen PAS dan Wawasan pada Ahad.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dan taklimat berkenaan bermula 12 tengah hari di ibu pejabat UMNO di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.

Difahamkan, satu surat jemputan Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bertarikh 2 Oktober 2026 ditujukan kepada Ahli Parlimen PAS dan Wawasan.

Surat itu memaklumkan pertemuan berkenaan diadakan susulan jemputan daripada Pejabat Timbalan Perdana Menteri bagi sesi perjumpaan dan taklimat bersama Ahli Parlimen.

Menurut surat sama, sesi berkenaan turut mempunyai kaitan dengan parti-parti terbabit yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Sembilan.

BBerkaitan

Latest articles