Polis sahkan terima laporan pengawal peribadi TMJ disyaki pukul pemandu e-hailing OKU

KUALA LUMPUR: Pihak Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing Orang Kurang Upaya (OKU) yang didakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 iaitu kerana menyebabkan kecederaan sukarela.

“Belum ada tangkapan lagi, jadi kami belum tahu mengapa lelaki itu diserang.

“Malah mangsa yang memfailkan laporan itu juga tidak pasti mengapa dia diserang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada pengadu masih dirawat di hospital, beliau menjelaskan tidak berniat mengulas lanjut kerana dalam proses siasatan.

Kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntuk hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan

Sebelum ini tular laporan yang mendakwa seorang pemandu e-hailing didakwa dipukul selepas sampai di tempat tersebut dan menunggu penumpang di sebuah hotel terkemuka di Ibu negara.

Menurut laporan itu Salah seorang daripada pengiring Tunku Mahkota Johor telah mengetuk cermin kereta hadapan untuk meminta pengadu bergerak dan telah menumbuk kepala pengadu supaya mengalihkan kereta pengadu.

Pengadu yang kemudiannya telah mendapatkan rawatan awal di HKL dan disahkan mengalami ‘soft tissue injury’.

BBerkaitan

Latest articles