PN Bukan Sekadar Membangkang, Tapi Akan Tegur Kerajaan

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan pemilihan beliau sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat sebagai satu amanat dan tanggungjawab yang besar.

Dalam pada itu Hamzah berkata PN akan menggunakan pengalamannya sebagai kerajaan sebelum ini untuk memainkan peranan sebagai blok pembangkang sebaik mungkin.

Ini termasuklah untuk menegur kerajaan jika ada perkara yang dilaksanakan tidak menguntungkan rakyat.

“Kita (PN) ada pengalaman, kita akan tegur dan sampaikan bila ada perkara yang tidak baik.

“Bukan sekadar membangkang tapi sebagai kumpulan yang berwibawa bagi memastikan kerajaan bekerja dengan baik,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Larut hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa PN baru-baru ini bersetuju melantik Hamzah sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 dijadual berlangsung pada 19 dan 20 Dis serta merupakan sidang Dewan Rakyat pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

BBerkaitan

Latest articles