PM ucap tahniah di atas Kejayaan Bonnie rangkul emas di Birmingham

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan syabas dan tahniah kepada atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin yang merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Menerusi catatan di Facebook rasmi beliau, perdana menteri berkata kejayaan Bonnie memenangi pingat emas keempat buat kontinjen Malaysia membanggakan negara.

“Atlet powerlifting kebanggaan negara Bonnie Bunyau Gustin membanggakan negara setelah memenangi pingat emas,” katanya.

Atlet kebanggaan negara itu memenangi pingat emas setelah melakukan angkatan 220 kilogram (kg) dalam kategori lightweight bawah 72 kg di Pusat Pameran Nasional (NEC) dan menepati ramalan apabila meraih pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Pusat Pameran Nasional (NEC).

Kejayaan jaguh dunia itu dalam kategori lightweight bawah 72 kilogram (kg), sekali gus menyaksikan Bonnie menyumbangkan pingat emas keempat kepada kontinjen negara pada Sukan Komanwel kali ini.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo tahun lepas itu, melakukan angkatan 220 kilogram (kg) yang juga rekod temasya, menyaksikan atlet berusia 23 tahun itu mencipta sejarah muncul atlet pertama Malaysia, memenangi acara tersebut di temasya sukan berkenaan.

Kontinjen negara setakat ini meraih keseluruhan empat pingat emas, dua perak dan tiga gangsa.

Berita Berkaitan

Komen

Terkini