PM: Solat Hajat, Doa Selamat Ganti Sambutan Tahun Baru

KUALA LUMPUR: Bagi menghormati mangsa-mangsa banjir yang melanda beberapa buah negeri, Perdana Menteri berkata bahawa Sambutan Tahun Baharu 2022 akan dibatalkan dan digantikan dengan solat hajat serta doa selamat.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menambah bahawa beliau telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia supaya menganjurkan solat hajat dan Malaysia Berzikir Ambang 2022, esok di Masjid Putra, Putrajaya.

“Dengan itu, saya mengajak Keluarga Malaysia untuk solat Maghrib berjemaah, solat hajat dan doa selamat di Masjid Putra, Putrajaya pada malam esok.

“Bagi mereka yang tidak berpeluang hadir, boleh mengikuti siaran secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV Al-Hijrah,” katanya dalam hantaran di Facebook, yang disertai dengan poster majlis berkenaan yang akan bermula pada 7 malam.

Ujar Perdana Menteri lagi, Keluarga Malaysia yang bukan beragama Islam boleh melakukan sembahyang mengikut kepercayaan dan agama masing-masing.

Beliau berharap segala usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan dan Malaysia akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini.

BBerkaitan

Latest articles