KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) agar memberikan rawatan segera terhadap Datuk Seri Najib Razak yang dilaporkan berdepan dengan masalah kesihatan pada masa kini
“Saya telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya telah mengarahkan KKM supaya memberikan rawatan yang terbaik diperlukan beliau. Saya doakan beliau diberikan kesihatan (yang baik),” ciapnya di Twitter malam ini.
Awal hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram sendiri tampil mengesahkan keadaan Ahli Parlimen Pekan itu agak tenat dan memerlukan rawatan di Hospital Kajang hari ini juga.
Jelas beliau, tekanan darah Najib sangat tinggi ketika ujian dibuat oleh pembantu perubatan disebabkan perubahan ubat diberikan Hospital Kuala Lumpur.
Keadaan itu menyebabkan Timbalan Pendakwa Raya memberitahu hakim bahawa kesihatan Najib tidak dalam keadaan baik dan perlu dihantar ke hospital.
Malah ujian kesihatan pagi tadi mendapati tekanan darahnya amat tinggi akibat ubat-ubat baharu itu.