PKR Lupa Sentimen Pengundi, Kata Tian Chua

KUALA LUMPUR: PKR harus bersikap inklusif dalam pemilihan calon yang bertanding PRU15 ini.

Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua juga melahirkan melahirkan kegusaran dengan perubahan kedudukan ahli-ahli Parlimen dan kerusi yang dirombak, meskipun sedar ia tidak dapat memuaskan hati semua orang.

Bagaimanapun, beliau berpendapat senarai calon PKR sepatutnya lebih inklusif bagi menggambarkan kepelbagaian dalam parti.

”Selepas pengumuman itu, terdapat ramai pihak yang kecewa dengan beberapa pilihan calon. Adalah diterima bahawa tidak akan ada sistem yang sempurna untuk pemilihan calon.

”Namun parti itu mesti berhati-hati dan tidak boleh mengabaikan reaksi dan sentimen pengundi, terutama pada musim pilihan raya,” katanya yang memberi reaksi selepas pengumuman 72 calon PKR menjelang PRU15 yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Chua berkata, salah satu kriteria teras untuk memilih pencalonan ialah keupayaan untuk membina hubungan yang kukuh dengan kawasan pilihan raya.

Jelasnya, ketakutan terbesar beliau ialah kualiti ini perlahan-lahan hilang, sekali gus ‘mencederakan’ akar umbi parti selain mengecewakan pengundi yang setia menyokong parti.

”Semasa kita berarak untuk menyerang pihak lawan, kita juga harus berjaga-jaga agar tidak kehilangan markas,” amaran beliau.

BBerkaitan

Latest articles