KUALA LUMPUR: PKR mengumumkan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Renggam.
“Di Johor saya tidak letak ahli Parlimen PKR tapi di sini saya beri satu pengecualian iaitu Maszlee Malik di DUN Layang-Layang.
“Kita nak tonjolkan pengalaman dia, jadi saya harap Maszlee, tokoh kita yang saya rasa dari semangat dan sumbangan dia sangat saya hargai.
“Untuk pengumuman lain saya akan bersama dengan Timur Johor Tengah bagi suspen sikit,” katanya dalam ucapan pengumuman calon PKR bagi hari ini.
Maszlee merupakan bekas Menteri Pendidikan ditempatkan di DUN Layang-Layang sebagai calon muka baharu PKR di kawasan itu.
Sementara itu, PKR turut mengumumkan tujuh lagi calonnya, dengan tiga daripada mereka adalah muka baharu.
Ketiga-tiganya adalah C. Subramani di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, Yong Thau di DUN Pemanis dan Azmi Masrani bagi DUN Sri Medan.
Sementara itu wujud kekecohan semasa Anwar mengumumkan nama Mohd Khuzzan sebagai calon mempertahankan kerusi DUN Semerah, dengan ada dalam kalangan ahli parti seperti tidak setuju.
“Kita sudah buat keputusan, hormat keputusan. Saya harap Mohd Khuzzan Abu Bakar (calon DUN Semerah) ambil ikhtibar supaya menyantuni sesiapa yang kurang berpuas hati, saya ingat ini perkara biasa,” katanya selepas mengumumkan senarai calon bagi zon utara PKR pada PRN Johor, malam tadi.
PKR turut mengetengahkan dua penyandang kerusi DUN Bukit Naning, Md. Ysahrudin Kusni bagi mempertahankan DUN Bukit Naning.
Dalam pada itu, kerusi DUN Gambir PKR mengetengahkan Na’im Jusri yang sebelum ini pernah bertanding di DUN Sungai Balang ketika Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) lalu.
Menggantikan Na’im di Sungai Balang adalah calon PRU-14, Abdullah Sahid bagi DUN Sungai Balang.