More

    PH Tak Calonkan Tun M, Dia Yang Tawar Diri – Saifuddin

    Mesyuarat Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung pada 13 Jun lalu tidak pernah mencadang dan bersetuju untuk Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi calon perdana menteri.

    Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, melainkan bekas perdana menteri itu yang tampil menawarkan diri untuk jawatan itu lagi sekali dan mahu diberikan tempoh sekurang-kurangnya 12 bulan.

    “(Presiden Warisan) DS Shafie Apdal pula menyatakan bahawa 12 bulan itu terlalu lama, dan 6 bulan seharusnya mencukupi.

    “(Bagaimanapun) Tun Dr Mahathir tidak menetapkan cadangan tempoh masa, dan Pakatan Harapan kekal dengan pendirian Anwar sebagai calon perdana menteri,” kata Saifuddin.

    Malah PH telah mengadakan perbincangan menerusi Majlis Pimpinannya dan sepakat supaya isu perdana menteri dimaklumkan kepada rakyat pada 16 Jun.

    Namun PH tidak berbuat demikian dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memohon maaf.

    Saifuddin juga menepis dakwaan kononnya PH mencalonkan nama lain selain Anwar sebaliknya Dr Mahathir yang mencadangkan dirinya sendiri.

    Sementara itu, PKR menerusi Majlis Pimpinan Pusatnya akan mengadakan mesyuarat pada hari ini untuk memuktamadkan keputusan dan pendirian parti.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini