Rafizi Terima Notis SPRM, Dipanggil Beri Keterangan Isnin Nanti

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, yang mengarahkannya hadir memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya pada Isnin ini pada jam 10 pagi.

Menurutnya, sesi rakaman percakapan itu berkait siasatan SPRM berhubung projek usaha sama kerajaan dengan syarikat teknologi semikonduktor global, ARM Holdings.

Rafizi berkata beliau menjangkakan kemungkinan akan berdepan tindakan lanjut selepas keterangannya diambil, termasuk dakwaan berkaitan pecah amanah atas alasan memberi maklumat tidak tepat atau menyebabkan keputusan Jemaah Menteri dibuat secara tergesa-gesa.

Beliau turut memaklumkan telah bersedia dengan pasukan peguam untuk menghadapi sebarang prosiding undang-undang.

Ahli Parlimen Pandan itu juga menjangka kes berkenaan bakal menjadi perbicaraan panjang dengan kemungkinan beberapa pemimpin utama negara dipanggil sebagai saksi, termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta beberapa menteri kabinet.

Dalam masa sama, beliau turut menyentuh naratif kejayaan projek berkenaan yang sebelum ini digambarkan mampu merubah industri cip negara.

BBerkaitan

Latest articles