Persatuan penternak jamin bekalan ayam, telur akan normal bulan ini, kata menteri

PUTRAJAYA — Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) memberi jaminan bekalan ayam dan telur akan normal dan mencukupi untuk pasaran tempatan bermula bulan ini, kata menteri.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Mohamad Sabu berkata persatuan memberikan komitmen itu dalam pertemuan dengan wakil mereka, Tan Chee Hee, di Putrajaya semalam.

“FLFAM turut menzahirkan penghargaan mereka kepada kerajaan atas usaha dan sokongan dalam mencari penyelesaian yang seimbang tentang masalah yang dihadapi oleh pengguna dan industri berikutan pelbagai cabaran yang wujud dalam proses rantaian bekalan makanan di seluruh dunia,” katanya dalam kenyatan.

Perbincangan itu turut menyentuh harga kawalan dalam tempoh panjang hingga menyebabkan penternak berhadapan kerugian kerana kos pengeluaran terus meningkat, aliran tunai dalam kalangan penternak, jangkaan bekalan ayam dan telur serta kos pengeluaran, dan meningkatkan produktiviti melalui penternakan secara sistem tertutup.

Kerajaan sebelum ini mengimport sekurang-kurangnya dua juta hingga 10 juta biji telur sehari mulai 15 Disember tahun lepas, bagi menampung keperluan dan permintaan pasaran tempatan selain bagi tujuan mengawal harganya.

BBerkaitan

Latest articles