Perjalanan Rentas Negeri: 9 Sekatan Jalan Raya Di Selangor

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin memaklumkan sebanyak sembilan sekatan jalan raya diwujudkan di negeri ini yang bertujuan memeriksa kenderaan dan individu yang terlibat dalam perjalanan rentas antara negeri.

Operasi tersebut bermula dari tengah malam tadi dengan mengambilkira beberapa lokasi strategik.

“Sekatan jalan raya berkenaan melibatkan kawasan yang bersempadan serta menghubungkan negeri Selangor, dengan negeri lain.

“Misalnya, negeri Selangor dengan Negeri Sembilan, Pahang serta Perak,” katanya ketika ditemui pemberita di sekatan jalan raya di Kilometer 14 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Selayang, di sini, semalam.

Sekatan jalan raya itu bertujuan untuk memastikan hanya individu yang sah membuat permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia sahaja dibenarkan untuk perjalanan rentas antara negeri.

Jika ada individu yang tidak mendapat kebenaran dan melakukan perjalanan, pihak polis tidak akan membenarkan mereka melepasi sekatan jalan raya.

BBerkaitan

Latest articles