SEPANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 11 sebuah pangsapuri di Bandar Baru Salak Tinggi, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.54 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi selepas polis menerima laporan mengenai insiden berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Menurut beliau, kes disiasat...
KUALA LUMPUR: PKR menafikan sekeras-kerasnya dakwaan parti itu terbabit dalam cubaan memerangkap pemimpin Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, susulan penahanannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung kesalahan berkhalwat.
Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari, menegaskan parti itu tidak pernah merancang, sama ada secara terbuka mahupun rahsia, untuk mengenakan mana-mana lawan politik menggunakan isu sedemikian.
Beliau berkata, PKR mempunyai banyak perkara lain yang perlu diberikan...