Penjarakan Sosial Di Sekolah, Hanya 17 Pelajar Sahaja Dalam Satu Kelas

Sesi persekolahan yang bakal dibuka kelak hanya dibolehkan untuk menempatkan maksimum 17 pelajar sahaja di setiap kelas dalam satu-satu masa.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin, memaklumkan kementeriannya telah membuat percubaan di lapangan untuk menentukan jumlah yang wajar di dalam kelas berdasarkan keluasannya supaya patuh dengan penjarakan sosial.

“Kalau dulu dalam kelas ada 35 orang tapi dalam keadaan baharu ini, tidak boleh ramai. Dalam konteks penjarakan sosial ini, paling ramai adalah 16 ke 17 orang dan bagi sekolah yang mempunyai kelas yang besar, jumlah pelajar boleh mencecah 20 orang.

“Ini bermakna, jumlah pelajar dalam kelas sebelum ini perlu dipecah dua. Selain itu, kita perlu melihat bagaimana nak jalankan pengajaran dalam dua kelas ini atau kelas dalam ruang kecil perlu dibawa ke dewan yang lebih besar sebagai contoh.

“Justeru, kementerian sudah ada beberapa opsyen yang sedang dipertimbangkan bagi memastikan selepas COVID-19 reda dan mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan, pelajar dapat kembali ke sekolah tanpa kita kompromi keselamatan mereka,” katanya.

Perkara itu dimaklumkan Mohd Radzi dalam wawancara khas ‘Soal Rakyat’ yang disiarkan TV3, malam tadi.

Begitu juga prosedur operasi standard (SOP) di kantin sekolah juga akan diperketatkan supaya tidak terlalu sesak untuk mengelakkan jangkita.

“Apa yang akan dilaksanakan adalah makanan akan dibungkus dan sebagainya. Kita ada garis panduan makan di kantin yang akan turut membabitkan bila dan di mana pelajar akan makan,” katanya.

Beliau berkata, kementerian akan memastikan SOP itu dapat dipatuhi sepenuhnya melalui pembukaan sesi pembelajaran kepada pelajar kelas peperiksaan iaitu Tingkatan Lima dan Enam terlebih dahulu, sebelum dibuka kepada tahap lain.

Dalam masa sama Mohd Radzi turut mengakui pelaksanaan SOP itu akan memberi cabaran buat guru untuk memastikan pelajar berdepan dengan kebiasaan baru.

BBerkaitan

Latest articles