Pengurusan Kewangan IKS Lebih Mudah Dengan Bantuan Merchantrade Money Biz

KUALA LUMPUR: Sebagai inisiatif memudahkan syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS) menguruskan kewangan syarikat, Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade) tampil dengan penyelesaian dinamakan Kad Korporat, Merchantrade Money Biz.

Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade, Ramasamy K Veeran berkata, selaku peneraju inovasi dalam perkhidmatan kewangan digital, pihaknya memberi fokus kepada industri IKS dengan menggalakkan syarikat mendigitalkan operasi dan sistem kewangan dalam usaha membina ekonomi tanpa tunai.

Apa yang lebih menarik, tiada kos pengurusan dikenakan kerana semuanya akan dipantau sendiri oleh pihak syarikat.

“Terdapat lebih satu juta syarikat perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia dan kami menetapkan sasaran lima peratus menggunakan perkhidmatan Merchantrade Money Biz. Ini secara tidak langsung dapat membantu mereka mengurangkan kos pengurusan dan membantu mereka menjalankan perniagaan dengan lebih sistematik tanpa berlakunya ketirisan kewangan.

“Walau bagaimanapun kami juga sedang meneroka industri lain yang memerlukan sistem pengurusan kewangan yang mudah dan selamat. Setakat ini lebih 80 syarikat telah mendaftar dan kami yakin mampu menyediakan penyelesaian kewangan digital yang inklusif dan efektik dalam memenuhi keperluan syarikat yang berkembang pesat,” katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, tambah Ramasamy, kad prabayar ini boleh digunakan untuk membuat pembayaran di seluruh dunia, sama ada dalam talian atau runcit bagi perbelanjaan syarikat.

“Kami percaya bahawa kad prabayar korporat ini adalah satu inovasi yang telah mengubah cara syarikat dalam mengurus perbelanjaan dan menjadi satu alternatif terbaik bagi mereka yang tidak memperoleh kad kredit korporat dengan bebas risiko perbelanjaan berlebihan dan bebas faedah,” katanya lagi.

Selain itu, ia juga dipadankan dengan eDompet pelbagai mata wang yang membolehkan pengguna menukar kadar tukaran asing sehingga 20 mata wang asing dengan kadar tetap untuk pembayaran antarabangsa.

Merchantrade Money Biz menggabungkan tiga kaedah inovatif iaitu Kad Prabayar Perniagaan Visa dengan had RM50,000 dan pengeluaran tanpa had bagi setiap syarikat yang dipautkan dengan eDompet pelbagai mata wang asing dan portal pengurusan perbelanjaan dengan fungsi yang direka untuk perniagaan moden.

BBerkaitan

Latest articles