Pengundi ‘Pening’ Dengan Warna Biru

ALOR SETAR: Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberitahu pihaknya akan membawa cadangan penggunaan logo parti di Terengganu, Kelantan dan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kalau belum dimuktamadkan penggunaan logo itu, sebab ada negeri yang mohon nak pakai logo PAS, kami akan bawa pada perbincangan akan datang.

“Tujuannya kami tidak mahu pengundi keliru dengan warna biru,” katanya selepas menghadiri Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ke-63 sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 di sini.

Sebelum ini di Konvensyen PN, perwakilan dari Terengganu dan Kedah mencadangkan lambang PAS dapat digunakan di negeri berkenaan pada PRU15.

Perwakilan tersebut berkata perkara itu perlu dipertimbang mengambil kira senario politik di pantai timur berbeza berbanding peringkat Persekutuan.

Bagaimanapun Muhammad Sanusi berkata ia terpulang kepada keputusan mesyuarat yang akan diadakan nanti.

BBerkaitan

Latest articles