Pengantin Di Selangor Dinikah Menerusi Sidang Video

 

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, majlis akad nikah akan dilaksanakan menerusi sidang video dengan kebenaran pihak berkuasa agama.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JASI), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, bakal pengantin perlu memohon janji temu akad nikah daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau pengurusan terlebih dahulu.

“Pendaftaran akad nikah akan dilakukan di Paid manakala pengantin, wali dan dua saksi pula berada di rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah JAIS turut membuka 10 kaunter talian telefin di One Stop Centre Bangunan Sultan Idris Shah bagi urusan nikah, cerai dan rujuk.

Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan juga boleh diemailkan ke [email protected]. Hotline Penguatkuasaan dibuka bermula 8.00 pagi hingga 12.00 malam.

BBerkaitan

Latest articles