PENGALAMAN KEPIMPINAN DI PELBAGAI PERINGKAT JADI KEKUATAN MUSZAIDE DI SEDILI

Kota Tinggi – Pengalaman menjawat pelbagai jawatan di pelbagai peringkat kepimpinan belia dan majlis kerajaan tempatan menjadikan calon Barisan Nasional bagi Dun Sedili tidak kekok untuk mendengar dan menyantuni permasalahan rakyat.

Muszaide Makmor atau lebih dikenali dengan nama A’ Ai di kalangan penduduk tempatan berkata beliau memang suka dan turut aktif didalam program untuk membantu masyarakat sama ada melalui platform belia mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya sebelum ini beliau turut terlibat aktif di pelbagai peringkat NGO, kepimpinan di peringkat kampung, belia, badan politik dan kini sudah sampai dirinya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu boleh membantu rakyat dengan lebih teratur.

Muszaide yang ditemui selepas majlis bersama kepimpinan UMNO di Cawangan Perani, Kota Tinggi Johor berkata ditambah dengannasihat dari mereka-mereka yang berpengalaman ketika menjadi ahli biasa sehingga berjawatan, ianya boleh membentuk diri saya ini, jika tidak, mungkin saya tidak sampai ke peringkat begini iaitu menjadi calon didalam PRN Johor kali ini.

Menyentuh mengenai kempen yang sudah masuk ke hari yang ke tujuh ini, katanya setakat ini kempennya berjalan dengan lancar dengan jadual-jadual yang disusun.

Jika sebelum ini jadual kempen yang disusun berakhir pada jam 10 malam, kita bergerak ke cawangan-cawangan di mana sebagai seorang Ketua UMNO Bahagian, saya kerap berjumpa dengan mereka sebelum ini.

Jadi hasil kempen yang kita buat ini, penerimannya baik dan saya juga tidak mahu berjanji yang besar-besar. Tetapi sebagai iltizam saya sebagai calon yang diketengahkan oleh UMNO dan Barisan Nasional, saya mahu buat yang terbaik.

Dalam pada itu, tambah muszaide lagi, iktiar Barisan Nasional yang diketengahkan kali ini menyeluruh untuk kestabilan politik

“ Jika kita amati, jika kestabilan politik tidak berlaku, bagaimana ekonomi negeri kita hendak berkembang, bagaimana pelabur mahu datang,bagaimana mahu memperbaiki infrastruktur, memberikan peluang pekerjaan dan membantu rakyat.

Jadi bila kerajaan stabil, seperti sebelum pilihanraya ke-14, Negeri Johor boleh dikatakan Negeri yang teratur, Kerajaan ditadbir dengan baik, dan kita dapat berikan banyak mafaat kepada rakyat negeri Johor

Contohnya rumah mampu milik Johor, berapa banyak kerajaan sebelum ini buat, dan jika ekonomi tidak kukuh, pendapatan berkurangan sebab itu mereka tidak mampu buat dan kerajaan PH juga hanya banyak bermain politik katanya.

Sebab itu dalam tempoh 22 bulan, negeri kita jauh ketinggalan dari negeri lain, jika ada mereka kata ekonomi Johor tumbuh, itu semua berlaku sebelum Kerajaan PH ambil alih dan apabila mereka memerintah, tidak ada kestabilan didalam politik negeri Johor, pelabur-pelabur ini beransur-ansur keluar dari negeri Johor katanya.

Justeru Muszaidee kepada pengundi-pengundi Dun N36 Sedili dan Johor amnya untuk keluar beramai-ramai pada tarikh 12 haribulan nanti untuk keluar mengundi di pusat-pusat pembuangan undi yang telah ditetapkan untuk mengundi Barisan Nasional katanya.

BBerkaitan

Latest articles