PORT DICKSON: Proses penamaan calon bagi lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan N29 Chuah, N30 Lukut, N31 Bagan Pinang, N32 Linggi dan N33 Seri Tanjung selesai hari ini tanpa sebarang bantahan, apabila semua kertas pencalonan diterima dan disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.
Di N29 Chuah, pertandingan satu lawan satu menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Ah Pao, berdepan Pakatan Harapan (PH), Yu Bun Lai.
Bagi N30 Lukut, pertandingan tiga penjuru melibatkan Chu Ken Hua (PH), Sates Kumar (PN) dan Teo Seng Lee (Bebas).
Di N31 Bagan Pinang, tiga calon disahkan bertanding iaitu Syekh Junaidi Jamaluddin (Bersatu), Abdul Fattah Zakaria (PN) dan Nasib Rahman (PH).
Sementara itu, N32 Linggi turut menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan penyandang Datuk Muhammad Faizal Ramli (BN), dicabar mantan Menteri Besar  Datuk Seri Aminuddin Harun (PH), dan Dato’ Zamri Mat Said (Bersatu).
Di N33 Seri Tanjung, seramai lima calon disahkan bertanding, menjadikannya kerusi dengan persaingan paling sengit dalam kelompok berkenaan.
Mereka ialah Acutan Alagan (BN), Saravanan Arumugam (Bebas), Livinesh Murugan (Bersatu), Islah Wahyudi Zainuddin (Bebas) dan Dr. Raja Sekaran (PH).
Pegawai Pengurus bagi setiap bahagian pilihan raya turut memaklumkan bahawa pengundian awal akan berlangsung pada 28 Julai 2026, manakala hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos 2026.
Notis rasmi mengenai pusat mengundi akan diwartakan dan dipamerkan mengikut Borang 8 sebagaimana ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).










