Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu esok, atas dakwaan salah laku urus niaga tanah Risda di Tongod dalam kejadian beberapa tahun lalu.
Peter turut mengesahkan menerima waran daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya dirinya hadir ke mahkamah pada jam 8 pagi.
Pertuduhan akan dibacakan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).
Peter merupakan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah.
Beliau, bagaimanapun mendakwa pertuduhan yang dihadapinya sebagai bermotifkan politik dan menegaskan kes tersebut telah selesai.