PAS Sahkan Tidak Bertanding PRN Sarawak 2026

KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2026 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan politik semasa serta pelbagai pertimbangan lain.

Menurutnya, PAS mengambil maklum perkembangan semasa berhubung PRN Sarawak dan telah membuat keputusan untuk tidak menyertai pertandingan tersebut.

“Setelah mengambil kira perkembangan politik semasa serta pelbagai pertimbangan lain, PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi bertanding dalam PRN Sarawak 2026,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, PAS akan terus memberikan komitmen terhadap usaha memperkukuh perpaduan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, komitmen itu selaras dengan dasar serta prinsip perjuangan parti.

BBerkaitan

Latest articles