Orang Yahudi Kagum Keberanian Anwar Kritik Kekejaman Israel

KUALA LUMPUR: Dunia telah melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang tegas dan berani dalam mengecam kekejaman dan penindasan, demikian menurut Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Mengulas mengenai ucapan Perdana Menteri, di Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ke-78 baru-baru ini, Nazri berkata Anwar berjaya mengharumkan kembali nama Malayia.

Nazri juga menegaskan tindakan Anwar mengutuk kekejaman dan tindak-tanduk Israel terhadap Palestin mendapat perhatian banyak pemimpin negara lain.

Begitu juga kritikan Anwar terhadap sikap hipokrit PBB ke atas Palestin juga mendapat pujian ramai pihak.

“Ada ramai orang Yahudi yang merupakan penyokong kuat Benjamin Netanyahu telah menyatakan rasa kagum terhadap keberanian Anwar.

“Mereka mulanya tidak mengenali siapa Anwar dan ingin tahu lebh lanjut tentang Anwar yang dianggap seorang pemimpin yang berani dan lantang mengkritik Israel dan PBB,” katanya memetik Astro AWANI.

Nazri menjelaskan, kritikan Anwar terhadap Myanmar juga turut mendapat perhatian banyak pihak termasuk pemimpin negara luar.

Katanya, dalam ucapan tersebut Anwar dengan jelas menyatakan pandangan Malaysia yang tidak senang dengan sikap Myanmar yang memburu rakyat sendiri.

Sementara itu, Nazri menyindir pembangkang yang hanya tahu menabur fitnah terhadap Anwar.

“Ketika sidang PBB ini sama seperti sidang parlimen, masa perasmian penuh la dewan dan bila persidangan ada yang berada dalam bilik masing-masing dan mengikuti secara live menerusi telefon atau iPad.

“Jadi orang macam Sanusi yang tidak hadir tetapi nak bercakap ini kita anggap macam ‘katak bawah tempurung’.

“Mereka ini tidak boleh hidup kalau tidak berbohong, apa sahaja yang boleh mereka tipu dan spin (putar belit), mereka akan lakukan,

“Kalau orang macam Sanusi yang berucap di PBB mungkinlah orang akan mentertawakan Malaysia, bukan mengkagumi negara kita,” katanya lagi.

Beliau juga menjelaskan, pendekatan soft diplomacy yang dibawa oleh Malaysia juga turut diterima masyarakat antarabangsa.

BBerkaitan

Latest articles