Orang ‘Top 5’ Tak Ditukar, PAS Cakap Tak Serupa Bikin

KUALA LUMPUR: Jika benar mahu mengambil alih kerajaan, PAS harus menunjukkan contoh yang baik kepada parti lawannya, dengan terbuka mempertandingkan lima jawatan tertinggi parti dalam pemilihan akan datang.

Bagaimanapun keadaan itu tidak berlaku, malah penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM), Dr Awang Azman Awang Pawi menyifatkan PAS “cakap tak serupa bikin” apabila sebelum ini lantang mempersoalkan kepimpinan parti lain.

“PAS dari segi kepimpinan tak sedia menjadi teraju negara, pelapis mereka hanya akur keputusan tertinggi, mereka boleh kritik parti lain tapi parti sendiri tidak bersedia bina kepimpinan,” katanya memetik FMT.

Bahkan masa depan PAS menjadi teraju negara mungkin boleh dipersoalkan dari segi penyediaan pemimpin pelapisnya.

Ujar Awang Azman, keadaan itu menunjukkan parti itu tidak bersedia menerajui Putrajaya, selain membuktikannya

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan Tan Sri Hadi Awang dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan kedudukan sebagai presiden dan timbalan presiden apabila tidak dicabar kerana tiada pencalonan lain.

Kali terakhir kedudukan Hadi sebagai presiden dicabar pada 2015, beliau menewaskan pencabarnya Ahmad Awang.

Manakala tiga jawatan naib presiden juga akan mengekalkan penyandang sedia ada, iaitu Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Bagaimanapun Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohamad Sanusi Nor menarik diri walaupun mendapat pencalonan.

“Sanusi masih tak yakin mampu menjadi pemimpin masa depan PAS, beliau sendiri sedar populariti bukan berasaskan ciri kepimpinan sebaliknya dengan cara populis sukar diterima,” kata Awang Azman.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar pula berpendapat sebaliknya dan menyifatkan tindakan Sanusi tanda lambang ketaatan tertinggi kepada parti.

“Sanusi bukan sahaja sekadar naib presiden, beliau boleh sahaja dengan popularitinya ke (mencabar) timbalan presiden, tetapi dia tak mahu ‘ganggu’.

“Itu wala’ (setia) tinggi ditunjukkan Sanusi untuk patuh pucuk pimpinan, jadi beliau tumpu pengarah pilihan raya dan menteri besar Kedah,” kata Hisomuddin yang tidak terkejut dengan perkembangan itu.

BBerkaitan

Latest articles