Nazri Aziz Positif COVID-19

 

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjadi ahli politik terbaru yang positif COVID-19.

Beliau membuat ujian saringan COVID-19 selepas menjadi kontak rapat dengan seorang pesakit yang hadir ke sidang medianya, minggu lalu.

“Zaharin (Mohd Yasin), masukkan dalam blog dan kata dia positif Covid-19 dan lepas saya baca blog itu.

“Saya pun buatlah ujian dan sah saya Covid-19 positif semalam,” ujarnya.

Nazri kini menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bharu, bermula semalam.

Terdahulu pada 12 Januari, Nazri mengadakan sidang media di Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur yang menyatakan beliau menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir ke sidang media itu adalah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan beberapa pengamal media.

Empat hari selepas itu, Zaharin, yang juga bekas Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak yang hadir ke sidang media Nazri mengesahkan dirinya dijangkiti COVID-19.

BBerkaitan

Latest articles