Nak Maju, Pengundi Kena Pilih BN-PH

KUALA LUMPUR: Untuk memastikan pembangunan Negeri Sembilan berjalan dengan lancar, rakyat Negeri Sembilan diseru mengekalkan gandingan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) supaya kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dapat diteruskan.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, adalah amat sukar untuk kerajaan Negeri Sembilan bergerak sendirian memandangkan hasil pendapatannya tidak begitu besar.

Sehubungan itu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan tersebut menyeru rakyat Negeri Sembilan membuat pilihan yang betul pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

“Jika kita tidak bersama maka harapan untuk kita membangunkan negeri susah untuk kita realisasikan,” katanya ketika berucap pada program Jelajah Perpaduan Madan dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan, malam tadi.

Ujar Mohamad, Kerajaan Perpaduan merancang untuk membangunkan banyak projek di Negeri Sembilan.

Salah satunya adalah projek tersebut adalah membangunkan metropolis industri pertahanan negara di Lembah Wawasan Malaysia.

“Ada beberapa syarikat multinasional termasuk yang bersama kerajaan Turkiye untuk memasang dan mengeksport helikopter dari negara kita,” jelasnya.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam ucapannya berkata, gabungan PH dan BN ingin mencapai kemenangan bukan untuk menyakau dan mengambil hak rakyat.

Sebaliknya, kata beliau, kemenangan itu bertujuan memastikan hasil yang diperolehi kerajaan negeri dipulangkan semula kepada rakyat Negeri Sembilan.

“Kita juga nak lihat Negeri Sembilan bergerak sederap dengan negeri-negeri maju yang lain,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles