MYSA, Jabatan Perhutanan Giat Bangunkan Teknologi Pengurusan Hutan Sabah

LANGKAWI: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), salah satu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bekerjasama secara strategik dengan Jabatan Perhutanan Sabah dalam meneroka ruang dan peluang mengembangkan teknologi boleh guna di negara ini.

Justeru itu, satu Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai di antara dua pihak berkenaan, dalam tujuan memperkasa penggunaan teknologi angkasa dan remote sensing dalam pengurusan sumber hutan secara lestari.

Persefahaman itu juga dibuat bersempena penganjuran Lima ’23.

Majlis menandatangani dokumen itu diadakan di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Langkawi.

Untuk rekod kerjasama MYSA dengan Jabatan Perhutanan Sabah ini merupakan kali ketiga dilakukan sejak tahun 2013 dan 2017.

Kerjasama strategik ini juga selari dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti yang direncanakan dibawah Program Eksplorasi Angkasa Malaysia 2030 (MSE2030) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Mei 2023 di LIMA’23.

Pada majlis MoU berkenaan, YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBhg. Datuk Frederick Kugan, Ketua Konservator Hutan Sabah telah menyempurnakan upacara menandatangani dokumen perjanjian.

Skop kerjasama ini merangkumi pemantauan dan pemetaan kawasan berhutan di seluruh Sabah berteraskan teknologi angkasa yang merupakan satu pendekatan baharu dalam pengurusan sumber hutan dan pendigitalan maklumat perhutanan.

Melalui kerjasama ini, beberapa pakej Sistem Aplikasi telah dibangunkan khusus untuk membantu pihak Jabatan Perhutanan Sabah dalam pengurusan sumber hutan iaitu Sistem iForSABAH bagi pengurusan dan pemantauan litupan hutan serta Sistem e-PESISIR yang memfokuskan pemantauan kawasan pesisiran pantai negara.

Penggunaan teknologi angkasa memberikan impak yang sangat signifikan dalam pengurusan sumber hutan khususnya bagi membantu pihak Jabatan Perhutanan Sabah dalam membuat pemetaan dan pengemaskinian litupan hutan secara tepat dan berkala setiap dua tahun sejak 2010.

Pengoperasian sepenuhnya sistem-sistem aplikasi yang telah dibangunkan juga telah mengurangkan kos operasi di lapangan sehingga 40% dan menjimatkan masa pelaksanaan kerja.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,912FollowersFollow
21,600SubscribersSubscribe

Terkini