Mukhriz Bohong Tak Tahu Tuntutan RM1.5 Bil Oleh Konsesi Balak

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membidas dakwaan bekas penyandangnya dengan berkata Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengetahui tuntutan ganti rugi RM1 bilion oleh 40 pemegang konsesi balak selepas hak pembalakan di hutan simpan kekal ditarik balik.

Tegasnya, Mukhriz berbohong kepada orang ramai kononnya beliau tidak tahu menahu tentang isu pembalakan tersebut sedangkan bekas menteri besar itu dimaklumkan oleh Jabatan Perhutanan menerusi mesyuarat Jawatankuasa Hasil Bumi dan Sumber Asli Kedah pada 5 Mei lepas yang dipengerusikan sendiri oleh bekas menteri besar berkenaan.

“Mukhriz maklum mengenai semua hal tersebut, tetapi bersikap berpura-pura (tidak tahu mengenainya).

“Saya memimpin sebuah kerajaan yang mengendalikan isu ini sekarang. Saya tidak akan mengambil sikap menyapu masalah masuk bawah karpet, seolah-olah kerajaan saya ini tidak menghadapi apa-apa masalah,” katanya.

Terdahulu, Mukhriz pada semalam mendakwa dirinya ‘tidak mengetahui dan tidak pernah mendengar’ tuntutan RM1 bilion itu yang belum dijelaskan kepada pemegang konsesi itu.

Dakwaan Mukhriz menyusul selepas Sanusi mencadangkan pemberian hutan ganti kepada pemegang konsesi dalam usaha mengelakkan bayaran tuntutan ganti rugi berkenaan.

Malah Sanusi juga berkata jumlah tuntutan kepada 40 syarikat pembalakan tersebut meningkat kepada RM1.5 bilion.

Kerajaan terdahulu pimpinan Mukhriz sebelum ini memutuskan untuk menghentikan pembalakan di kawasan tertentu di Hutan Simpan Ulu Muda pada 30 Ogos 2018.

Beliau berkata, hak pembalakan kepada 40 syarikat itu diberikan untuk kawasan hutan seluas 22,098ha. Negeri itu sudah menerima premium RM107.5 juta daripada pemegang konsesi itu dengan RM79.5 juta belum dijelaskan.

Sanusi berkata, jumlah kawasan yang diwartakan sebagai hutan simpan ialah 107,197ha.

Katanya, untuk mengelakkan Kedah membayar ganti rugi RM1.5 bilion, Jabatan Perhutanan sudah menghantar cadangan menawarkan hutan ganti kepada syarikat itu bagi menjalankan aktiviti pembalakan.

Sanusi dalam masa yang sama menegaskan pihaknya hanya mempertimbangkan cadangan hutan ganti.

BBerkaitan

Latest articles