MUDA: TRICK-OR-TREAT ?

MUDA: TRICK-OR-TREAT ?

Apabila Syed Saddiq tempelak Adun PKR Tiram dikatakan gagal buat kerja, ada dua kebarangkalian.

Pertama, Saddiq memang tidak sengaja. Jika ini halnya, beliau seorang yang semberono tanpa kaji fakta – hanya mengejar populariti atau lebih parah lagi benar-benar pilih kasih. Kemudian Saddiq mohon maaf dan terus lupakan kesalahan Adun yang beliau tuduh gagal buat kerja – Lemah!

Kedua, Saddiq sengaja lempar tuduhan kerana ketahui bahawa untuk dapat tempat dalam PH, terutama PKR, Anwar perlu diketuk dahulu. Minta maaf hanya optik membina jambatan.

Ada yang ketiga – adalah menjadi rahsia umum hubungan PKR dan Dap berantakan setelah PRN Melaka. Bila Anwar umum tidak mahu guna lambang PH, ia menambah kelukaan Dap.

Dap perlu kuatkan lagi dominasi mereka dalam PH. PKR sudah tidak boleh diharap. Dap bukan hanya kecewa dengan kegagalan Anwar menjadi PM8 setelah Mahathir, tetapi turut kecewa kerana perbuatan Azmin dan Zuraidah yang menjadikan PKR pada tahap paling lemah hari ini.

Justeru, menerima Muda sebagai alternatif kepada PKR dalam koalisi PH adalah perlu dan penting agar Dap sentiasa menjadi ‘abang besar’ dalam PH dan menjadi senjata utama mendepani PRU15.

Sambutan hari jadi syed saddiq yang turut diraikan tetamu tertentu

Maka, usaha Dap mengumpan Saddiq melalui Hannah Yeoh tidak sia-sia. Muda diterima oleh Dap untuk memasuki koalisi PH dengan janji enam kerusi untuk PRN Johor.

Bukan itu sahaja, Dap bersedia ‘payung’ Muda seperti halnya Dap ‘payung’ Amanah sebelum ini. Sebab itu saya tidak hairan ramai generasi muda anak-anak ‘tycoons’ Malaysia contohnya Dian Lee – anak kepada Tan Sri Lee Kim Yew turut menghimpit Saddiq seperti dilapor Joceline Tan. Satu lagi episod selepas anak-anak ‘tycoons’ Malaysia turut dilihat menyambut harijadi Saddiq disebuah hotel ternama tidak lama dahulu.

Saddiq bukan naif seperti orang muda lihat. Itu hanya ‘silap mata.’

Saddiq sedang bermain api dengan membenarkan dirinya ditunggang oleh Dap dan ‘tycoons’ Malaysia.

Yang naif hanyalah anak muda yang hanya nampak kononnya perjuangan MUDA yang baharu dan segar dalam lanskap politik negara.

MUDA hanyalah episod baharu selepas AMANAH bagi menggantikan PKR.

Wallahua’lam bissawab.

JMJ,Kuala Lumpur

——————————————————-penafian – artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis, dan tidak mencerminkan pendirian editor therakyatinsight

 

BBerkaitan

Latest articles