MKT UMNO sebulat suara menamakan Ismail Sabri calon PM

Kuala Lumpur — Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah sebulat suara ingin menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri ketika Mesyuarat Majlis Kerja (MKT) UMNO yang diadakan pada hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang menjadi pengerusi mesyuarat tersebut berpakat untuk meneruskan kedudukan Ismail kekal menjadi Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum-15 sekiranya Barisan Nasional (BN) menang.

“Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara mencadangkan agar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang,” kata Zahid.

Menurut kenyataan media, MKT UMNO memutuskan untuk tidak meneruskan lagi Memorandum Persefahaman (MOU) yang terjalin antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan yang akan berakhir pada 31 Julai 2022.

Selain itu, MKT memutuskan pembentangan Akta Anti Lompat Parti mesti diteruskan dan disokong untuk diluluskan tanpa berkompromi dengan gangguan gesaan dari mana-mana pihak yang cuba menggagalkan atau cubaan untuk merubah maksudnya kepada bentuk perundangan yang lain.

Hal ini kerana, UMNO berpendirian tegas agar Akti Anti Lompat Parti mesti segera dijalankan sebagai satu manifesti supaya hak pengundi sentiasa terpelihara dan dihormati.

Dalam masa yang sama, satu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas akan diadakan pada 14 Mei 2022 (Sabtu) bagi merealisasikan usul yang telah mendapat persetujuan melalui Perhimpunan Agung pada 2021 lalu.

Zahid berkata, perhimpunan tersebut bertujuan untuk meminda Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti.

Sambutan Hari UMNO dan Jamuan Hari Raya Aidilfiti juga diadakan pada hari yang sama.

BBerkaitan

Latest articles