Menang PRU15 Punca PAS Jadi Sasaran Fitnah Musuh

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa parti pimpinannya menjadi tumpuan sasaran pelbagai pihak, termasuk mereka yang beragama Islam dan membawa perjuangan agama itu.

Dakwa Ahli Parlimen Marang itu lagi, serangan kepada PAS semakin menjadi-jadi selepas kejayaannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu apabila menjadi parti paling banyak memenangi kerusi di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperintah.

“Sehingga ditakut-takutkan masyarakat dengan jenama bahaya gelombang hijau. Walau bagaimanapun, Pas tetap memilih pendekatan perlawanan secara damai berprinsipkan demokrasi walaupun berlawan di atas padang yang tidak sama rata dan sistem yang tempang terhadap Islam,” katanya dalam tulisan Minda Presiden PAS bertajuk Islam Sasaran Fitnah, Di Sini PAS Sasaran Pertama.

Menurut Abdul Hadi, gerakan Islam di seluruh dunia diintip segala kesilapan umat Islam atau direka cipta fitnah terhadapnya.

“Apa sahaja perkara yang kecil akan dibesar-besarkan untuk sebaran atau dicipta yang tiada tindakan semata-mata untuk membawa wajah buruk terhadap Islam,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles