Masjid Dan Surau WP Di Zon Kuning Sudah Dibuka, Kehadiran Jemaah Masih Kurang

Bermula semalam, kerajaan membuat keputusan untuk membuka semua masjid, surau Jumaat dan surau di zon hijau dan kuning di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan mula dibuka kepada orang ramai.

Bagaimanapun, ia masih menghadkan jumlah jemaah yag hadir iaitu hanya satu per tiga dari jumlah had kapasiti maksimum dewan solat utama masjid berkenaan.

Ketika masjid dan surau semua ditutup, ramai yang merungut dan mengeluh serta menyalahkan kerajaaan kerana masih belum membuka rumah ibadat orang Islam berkenaan tetapi selepas dibuka kehadiran orang ramai untuk solat jemaah kurang memberangsangkan.

Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya menyatakan kehadiran umat Islam untuk berjemaah selepas masjid dibuka masih rendah.

BACA JUGA – Acheh Tetap Laksana Hukuman Sebat Secara Terbuka Ketika Covid-19

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kini mengajak masyarakat Islam untuk mengimarahkan masjid dan surau yang telah dibuka.

“Alhamdulillah genap 100 hari di sini dengan izin-Nya. Saya dimaklumkan sebentar tadi oleh Ustaz Hamdan, salah seorang imam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin WP Putrajaya bahawa kehadiran jemaah masjid kurang memberangsangkan. ⁣⁣
⁣⁣
“Bermula semalam, masjid, surau Jumaat dan surau di zon hijau dan zon kuning di Wilayah Persekutuan mula dibuka dengan had kapasiti 1/3 dari jumlah had kapasiti dewan solat utama.
⁣⁣⁣⁣
“Jemput kita imarahkan semula masjid, surau Jumaat dan surau dalam Wilayah Persekutuan bagi yang berhampiran. Pastikan patuhi semua SOP yang ditetapkan.⁣⁣⁣,” kata beliau.

Buat masa ini, ada negeri sudah umumkan masjid dan surau dibuka sepenuhnya kepada orang awam tetapi ada negeri yang masih meletakkan had jumlah jemaah yang boleh hadir kepada bilangan tertentu.

Orang ramai masih risau dengan jangkitan wabak Covid-19 manakala masjid dan surau yang sudah boleh dibuka perlu melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

BBerkaitan

Latest articles