Malaysia, Negara Luar Saling Bekerjasama Memartabatkan Bidang Pendidikan

KUALA LUMPUR: Pelbagai manfaat diperoleh Malaysia menerusi The Education World Forum (EWF) 2024 yang berlangsung United Kingdom baru-baru ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, manfaat dan kelebihan di antara dua hala mampu dicapai antara Malaysia dan beberapa buah negara, seperti Tarjikistan, Azerbaijan dan Jepun, serta syarikat gergasi, Microsoft dan Konsortium Universiti United Kingdom-Malaysia (UK-MUC).

“Dalam pertemuan dengan Menteri Pendidikan dan Sains Tarjikistan, Nuriddin Said, beliau menyatakan hasrat bekerjasama dengan Malaysia untuk menaik taraf bidang pendidikan mereka.

“Pada masa sama, program pertukaran pelajar akan diteruskan yang mana jumlah pelajar Tarjikistan kini lebih 200 orang di Malaysia.

“Perjumpaan dengan Menteri Pendidikan Azerbaijan, Emin Amrullayev seterusnya membolehkan kami berbincang mengenai kerjasama yang dapat dibentuk antara kedua-dua negara.

“Emin memaklumkan bahawa Azerbaijan sangat berharap untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan untuk menghantar lebih ramai pelajarnya bagi menyambung pengajian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zambry, lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara Asia Tengah juga telah membuka ruang untuk negara-negara lain di sekitar dalam bekerjasama dengan Malaysia.

Perkara ini dapat dilakukan dalam pelbagai bidang, berdasarkan keyakinan dan
kualiti yang dibawa oleh delegasi Kerajaan Malaysia.

“Azerbaijan juga dalam usaha membangunkan semula pendidikan tinggi mereka di kawasan Karabakh dan mereka turut menyatakan harapan
sekiranya Malaysia dapat turut membantu dan berkolaborasi dalam hal ini.

“Dalam pertemuan saya dengan Timbalan Menteri Pendidikan, Budaya, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun, beliau menyatakan kesediaan negara itu untuk berkongsi pengalaman dalam perihal
Programme for International Student Assessment (PISA).

“Kami juga berbincang untuk melihat dan
memartabatkan semula kurikulum Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kolaborasi antara institusi Malaysia dan Jepun.

“Pertemuan dengan pihak Microsoft menjurus kepada bidang Kecerdasan Buatan (AI). Peluncuran Malaysia AI Nexus mendorong Microsoft untuk terus bekerjasama secara aktif dengan Malaysia melalui KPT.

“erjasama pendidikan antara United Kingdom dan Malaysia terus diperkukuhkan melalui Konsortium Universiti UK-Malaysia (UK-MUC) dengan pelbagai program peringkat tinggi terus direncanakan,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, Zambry menyifatkan penganjutan EWF dapat mengumpulkan ramai Menteri Pendidikan dan Pendidikan Tinggi yang membolehkan perkongsian antara negara bagi menjadikan pendidikan sebagai wadah utama untuk pembangunan masyarakat dan negara.

Malah beliau yakin pengantarabangsaan Malaysia dalam pendidikan tinggi di
peringkat global ini semakin mendapat perhatian daripada negara lain dan akan terus diperkasakan.

BBerkaitan

Latest articles