Malaysia Airlines Dan Petronas Masing-Masing Dapat Pengerusi Dan CEO Baharu

Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu syarikat Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) berkuatkuasa mulai 1 Julai ini.

Beliau akan menggantikan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin yang dilantik sebagai Pengerusi baharu syarikat Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Tengku Muhammad Taufik adalah Ketua Pegawai Kewangan PETRONAS yang dilantik sejak 2018.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan hari ini, berkata dalam suasana ekonomi yang mencabar sekarang, terdapat beberapa syarikat kerajaan yang perlu diperkukuhkan lagi untuk menghadapi norma dunia yang baharu.

“Kerajaan dalam hal ini meneruskan usaha mengkaji semula kepimpinan syarikat-syarikat milik kerajaan bagi memastikan penyelarasan dasar dan pencapaian objektif sosioekonomi negara,” katanya.

BACA JUGA – Wisma Putra Tegas Dengan Kedudukan Malaysia Di Laut China Selatan

Muhyiddin turut mengucapkan ribuan terima kasih atas kepimpinan dan sumbangan Wan Zulkiflee selama 37 tahun perkhidmatan beliau bersama PETRONAS.

“Beliau telah berjaya mengekalkan PETRONAS sebagai salah sebuah syarikat kerajaan yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan ditadbir dengan cemerlang.

“PETRONAS juga adalah satu-satunya syarikat kerajaan yang mempunyai penilaian kredit antarabangsa yang baik dan masih tersenarai dalam Fortune Global 500,” katanya.

“Saya percaya di bawah kepimpinan beliau, syarikat MAB akan dapat distruktur semula dan terus berkembang sebagai syarikat penerbangan nasional yang berdaya tahan dan mampan serta mempunyai tadbir urus yang baik,” katanya.

Beliau berjaya mengekalkan PETRONAS sebagai syarikat kerajaan mempunyai kedudukan kewangan kukuh dan ditadbir dengan cemerlang.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, industri minyak dan gas kini melalui cabaran hebat dengan ketidaktentuan harga minyak dan ekonomi global yang merundum.

“Saya percaya dengan kemahiran dan pengalaman dimiliki Tengku Muhammad Taufik, beliau bersama Pengerusi sedia ada, Datuk Ahmad Nizam Salleh, akan dapat memimpin PETRONAS ke mercu kecemerlangan,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles