Malapetaka Kemanusiaan Berlaku Selepas Israel Umum Operasi Ketenteraan Besar Di Darat – PBB

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Tinggi Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ulangi amaran agensi badan dunia itu berkaitan kemungkinan berlakunya malapetaka kemanusiaan susulan operasi ketenteraan besar-besaran melalui darat ke atas Semenanjung Gaza.

Volker Turk memaklumkan pihaknya sudah terputus hubungan dengan petugas di lapangan dan wartawan kini tidak lagi mampu memberikan laporan dari wilayah itu.

Volker turut mendesak negara-negara yang berpengaruh di Asia Barat untuk bertindak mengurangkan ketegangan.

“Berdasarkan keadaan operasi ketenteraan yang berterusan sehingga kini, dalam konteks penjajahan selama 56 tahun, saya meningkatkan kebimbangan kemungkinan malapetaka kemanusiaan, kesan dari operasi besar-besaran menerusi darat di Gaza dan potensi untuk ribuan lagi penduduk awam terkorban.

“Keganasan berterusan bukan jawapannya. Saya mendesak semua pihak termasuk negara-negara yang berpengaruh untuk melakukan apa saja dalam kuasa mereka untuk menamatkan ketegangan ini,” katanya.

Israel melancarkan operasi ketenteraan menerusi darat bermula Jumaat atas alasan mahu mensasarkan terowong dan infrastruktur yang digunakan oleh pejuang Hamas.

BBerkaitan

Latest articles