Lelaki Ikat Anjing Pada Pokok Ada Masalah Mental

V

ideo viral dua hari lalu yang menyaksikan seorang lelaki mengikat seekor anjing peliharaannya pada sebatang pokok disahkan menghadapi masalah mental.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Azizan Tukiman, memberitahu bahawa semakan rekod menunjukkan lelaki tempatan berusia 45 tahun itu yang tidak bekerja dan tinggal bersama keluarganya pernah mendapatkan rawatan berkaitan di Hospital Banting sejak 3 tahun lalu.

Pihak polis menerima laporan insiden yang berlaku di Batu 17, Sungai Sedu, Jalan Banting-Klang itu daripada wakil Bahagian Kebajikan Haiwan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Cawangan Banting kira-kira 6.30 petang Rabu.

“Pemeriksaan awal ke atas anjing itu mendapati ia tidak dicederakan. Kes disiasat Bahagian Kebajikan Haiwan DVS Cawangan Banting mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 722).

“Lelaki itu juga ditahan Bahagian Kebajikan Haiwan kira-kira 11 malam (Rabu) di rumahnya dan diserahkan kepada polis untuk tujuan reman (semalam) bagi membantu siasatan,” katanya kepada Bernama semalam.

Azizan berkata, Bahagian Kebajikan Haiwan DVS menerima aduan orang awam mengenai kejadian itu kira-kira 10 pagi Rabu dan segera ke tempat kejadian.

“Mereka meminta lelaki tersebut melepaskan anjing terbabit, tetapi dia enggan melakukannya. Setelah diberi amaran, barulah ia dilepaskan. Anjing itu kemudian dirampas Bahagian Kebajikan Haiwan DVS untuk pemeriksaan.”

BBerkaitan

Latest articles