Lelaki Ditahan Kerana Telefon Polis Lebih 2,000 Kali

Seorang warga emas dari Jepun ditahan kerana didapati menelefon polis sebanyak 2,060 kali dalam masa sembilan hari semata-mata untuk mengutuk pihak polis dengan menggelarkan mereka pencuri cukai.

Kejadian berlaku di antara 30 September hingga 8 Oktober melibatkan lelaki itu yang berasal dari Saitama menelefon ibu pejabat polis berkenaan banyak kali dan mengecam anggota polis dengan mengatakan mereka semua harus dipecat.

Jika dikira, purata ialah satu panggilan setiap enam minit dengan jumlah keseluruhan masa bercakap selama 27 jam sepanjang tempoh sembilan hari berkenaan.

Polis kemudian menyerbu rumah lelaki berkenaan dan menahannya kerana atas dakwaan mengganggu tugas polis.

Lelaki itu mengaku dengan menyatakan “Saya tahu polis akan lambat laun mencari saya,”.

Siasatan berkaitan kes berkenaan masih dijalankan. Oleh kerana suspek lelaki berusia 67 tahun berkenaan enggan memberikan kerjasama dengan polis, kemungkinan motif dia berbuat demikian takkan dapat diketahui.

Dia sebenarnya sudah menelefon pihak polis sejak bertahun lepas tetapi hanya melakukannya secara agresif baru-baru ini, kerana sebab yang tidak diketahui.

Walaupun, apa yang dilakukan suspek salah kerana mengganggu tugas polis tetapi netizen turut seakan-akan memuji tindakan lelaki itu yang amat konsisten mahu mencapai tujuannya.

BBerkaitan

Latest articles