Lapan Termasuk Pempengaruh Permotoran Direman Kes Tutup Lebuh Raya Untuk Lumba Haram

KULAI: Seorang pempengaruh permotoran antara lapan individu yang direman empat hari bagi membantu siasatan kes perlumbaan haram selepas sekumpulan penunggang motosikal dipercayai ‘menutup’ sebahagian Lebuhraya Linkedua, Sabtu lalu.

Kesemua suspek berusia antara 26 hingga 45 tahun direman mulai Isnin hingga Khamis selepas perintah itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kulai.

Mereka ditahan polis pada Ahad selepas video perlumbaan membabitkan dua motosikal di laluan dari KM33, susur Tol Senai Utara hingga KM31, susur Johor Premium Outlet (JPO), tular di media sosial.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata semua suspek didapati negatif dadah.

Polis turut mengesan individu lain yang dipercayai berada di lokasi dan menyaksikan perlumbaan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

BBerkaitan

Latest articles