Lantik Shafie Sebagai PM, DAP Dan Amanah Kata Keputusan Belum Muktamad

Susulan sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk dicalonkan sebagai perdana menteri Pakatan Harapan (PH) Plus, reaksi sebaliknya pula bagi dua parti sekutu gabungan pembangkang itu, iaitu DAP dan Amanah.

Menerusi satu kenyataan media bersama, mereka berkata cadangan nama Shafie masih dibincangkan dalam kalangan mereka di peringkat parti, dan PH itu sendiri.

Mahathir Sokong Shafie Sebagai Calon PM PH Plus

Malah kenyataan yang ditandatangani antara Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata pertemuan mereka bersama Dr Mahathir pada Khamis lalu sebagai pertemuan tidak rasmi.

“Amanah dan DAP berpandangan ia sebagai suatu opsyen (pilihan) baru untuk merealisasikan usaha mengembalikan semula mandat rakyat yang telah diberikan kepada gabungan Pakatan Harapan dan Warisan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Walaubagaimanapun, cadangan tersebut perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat Amanah dan DAP terlebih dahulu dan seterusnya dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden PH untuk diputuskan bersama,” kata mereka.

Dr Mahathir hari ini mengumumkan bahawa dirinya menyokong Shafie, yang juga Ketua Menteri Sabah untuk dicalonkan sebagai perdana menteri jika gabungan pembangkang itu berjaya menguasai Putrajaya.

Kononnya keputusan itu dicapai menerusi pertemuan antara dirinya, Mohamad, Guan Eng dan Shafie pada dua hari lalu.

Jika Shafie berjaya memperolehi sokongan majoriti, maka ia akan menjadikan Presiden Warisan itu sebagai wakil pertama Malaysia Timur diangkat sebagai perdana menteri.

BBerkaitan

Latest articles