KPLB Peruntukkan RM5O Juta Rumah Kasih Keluarga Malaysia Untuk Mangsa Banjir

BANTING: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan RM50 juta di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia untuk pembaikan dan bina baharu rumah pasca banjir dengan kadar bantuan RM15 ribu untuk kerja-kerja pembaikan rumah, RM56 ribu untuk membina baharu di Semenanjung dan RM68,000 untuk bina baharu di Sabah dan Sarawak.

Menurut Ketua Setiausaha KPLB, Dato’ Ramlan Harun, KPLB mengambil inisiatif ini untuk membantu melicin dan mempercepatkan proses pendaftaran dalam menyegerakan bantuan kepada mangsa banjir yang layak.

Katanya, KPLB menerima lebih 300 permohonan dan semakan kelayakan untuk pembaikan dan bina baharu rumah pasca banjir di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia di Pusat Sehenti Tabika Kemas, Bukit Changgang dekat sini.

“Pusat Sehenti ini dibuka tiga hari bermula hari ini bagi menyedia saluran bagi memudah cara mangsa banjir mendaftar kelayakan melalui borang yang disediakan sebelum diserahkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah untuk diperaku Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

“KPLB juga telah memulakan kerja-kerja pembaikan Sabtu lalu membabitkan sembilan buah rumah mangsa banjir di Kuala Klawang, Chennah dan Jelebu, Negeri Sembilan. Empat buah rumah lagi di Mentakab dan Temerloh, Pahang.

“Setakat ini KPLB telah menerima jumlah 1,879 unit rumah untuk baik pulih di kawasan banjir seluruh negara. Manakala 165 adalah untuk bina baharu rumah,” jelasnya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini