Ketegasan Kerajaan Buat Pemimpin PH Bimbang Siasatan Akan Temui Salah Guna Kuasa

Tindakan yang tegas serta penguatkuasaan undang-undang yang pantas ketika pentadbiran kerajaan di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN) ketika negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin menyebabkan para pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak senang duduk bimbang akan disiasat berkaitan banyak salah laku.

Semenjak dikuatkuasakan pada 18 Mac lepas, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat begitu tegas bertindak di atas mereka yang ingkar PKP, mereka tegas mengambil tindakan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan tertentu bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 merebak.

Kerajaan juga dilihat tegas dalam mengambil tindakan ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kematian selepas merempuh beberapa orang mangsa ternasuk anggota polis dan kini kerajaan dalam proses penggubalan undang-undang untuk mengenakan hukuman berat ke atas mereka yang disabitkan kesalahan.

BACA JUGA – SPRM Teliti Dakwaan Kes Ambil Tanah Di Sabah

Malam tadi, sekatan jalan raya melalui operasi pemanduk mabuk telah membawa kepada penahanan 11 orang pemandu mabuk di sekitar ibu negara.

Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri selepas negara mengalami konflik kerajaan kerana Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan secara tiba-tiba pada 24 Februari lalu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kemudiannya berteraskan demokrasi menjalankan amanah baginda untuk melantik Perdana Menteri baharu yang mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Selepas pelbagai proses dijalankan termasuk bertemu bersemuka dengan semua wakil rakyat sebelum membuat keputusan.

Terbukti, kerajaan pimpinan Muhyiddin terdiri daripada pemimpin yang tidak mahu terlibat dalam drama politik sebaliknya mereka ingin menumpukan tugas untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Disebabkan bimbang kesalahan lampau mereka disiasat dan dibongkar, semua lapisan pemimpin dalam PH sekarang ibarat tercari-cari kumpulan mana yang mereka boleh percayai. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah kelihatan mula menjauh dari Dr Mahathir dan bersama-sama kumpulannya.

Mahathir pula ada kumpulan yang menyokongnya dan beliau juga mahu jadi Perdana Menteri. Semuanya kerana takut jika tidak mendapat kuasa, siasatan telus dan tindakan tegas akan dijalankan oleh kerajaan PN seterusnya mereka akan menerima akibat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekarang sudah pun menerima laporan yang dibuat ke atas seorang bekas Menteri dan bekas Peguam Negara kerana dakwaan salah guna kuasa.

Pada 1 Jun lepas, SPRM juga sudah mengesahkan bahawa ada laporan tentang hubungan antara kedua-dua individu berkenaan ketika kerajaan PH memerintah. Kini, SPRM turut siasat pendedahan butiran sulit siasatan ke atas taikun kepada ahli politik.

Hubungan itu membaawa kepada langkah SPRM menarik balik pembekuan akaun bank taikun berkenaan.

Untuk PH dan Dr Mahathir, kini masa semakin singkat dan permainan mereka dengan menyatakan bahawa mereka sudah memiliki jumlah yang cukup untuk menumbangkan Muhyiddin nampaknya mula tidak membuahkan hasil. – TRI

BBerkaitan

Latest articles