SPRM Teliti Dakwaan Kes Ambil Alih Tanah Di Sabah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dipercayai meneliti satu dakwaan kes pengambilalihan tanah pada 2014 yang dalam proses rayuan mahkamah.

Menurut maklumat difahamkan pegawai SPRM turun padang menemubual pekebun kecil yang dikaitkan dengan dakwaan kes pengambilalihan tanah Dusun Bagahak yang menjadi tumpuan media di Sabah beberapa tahun lalu.

Seorang pegawai kanan SPRM berkata, ia bukannya siasatan dan mereka sekadar menyediakan laporan berhubung perkembangan terkini kes itu untuk melihat jika ada unsur rasuah.

“Kami belum membuka apa-apa, sekurang-kurangnya belum lagi. Kami hanya cuba mendapatkan beberapa maklumat (daripada pekebun kecil itu).

“Kami hanya ingin tahu apa isu sebenarnya dan memahami apa yang berlaku. Jika ada sebarang pelanggaran Akta SPRM, maka kami akan membuka siasatan,”  lapor Portal FMT hari ini.

Sebelum ini portal tempatan Sabah telah mendedahkan terdapat usaha timbalan ketua menteri cuba mempengaruhi beberapa pihak berkepentingan untuk menarik kes berkenaan.

Pada 2014, kes itu menjadi berita utama selepas Mahkamah Tinggi Tawau memutuskan Ketua PKR Sabah, Christina Liew dan 2 yang lain secara tidak sah mendorong sekumpulan pekebun kecil melanggar perjanjian usaha sama mereka dengan Borneo Samudera, sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri, Sawit Kinabalu.

Mereka diarahkan membayar ganti rugi RM577 juta kepada Borneo Samudera.

Mahkamah Persekutuan pada Februari tahun ini menolak permohonan Liew untuk mengemukakan bukti baru terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. Rayuan kes itu ditetapkan pada 16 Jun ini.

BBerkaitan

Latest articles