Kestabilan Negara Adalah Penting, UMNO Perkasa Hubungan Dengan Komponen PH

KUALA LUMPUR: Hubungan baik antara UMNO-Barisan dan komponen Pakatan Harapan (PH) akan menjadi antara agenda parti itu dalam usaha mengukuhkan kerjasama demi kestabilan politik negara.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi memberitahu Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang diadakan malam tadi, sepakat dalam hal berkenaan.

“Bagi memastikan kestabilan politik negara dan kemakmuran rakyat melalui Kerajaan Perpaduan Malaysia sebagaimana ketetapan Majlis Kerja Tertinggi pada 23 November 2022 dan diabsahkan di Perhimpunan Agung UMNO 2023 pada 10 Jun 2023 lalu,” kata Asyraf Wajdi dalam sidang media.

Mengulas mengenai prestasi UMNO di dalam enam pilihan raya negeri baru-baru ini, parti itu akan mengambil langkah penambahbaikan dan pemerkasaan parti berpandukan dapatan bedah siasat keputusan yang telah diperincikan dan diperolehi daripada Bahagian UMNO seluruh Malaysia.

Tambah Asyraf, Konvensyen UMNO peringkat bahagian akan diadakan bagi memfokuskan aspek pengukuhan organisasi parti.

Ia juga bertujuan memberi kefahaman ahli-ahli parti peringkat akar umbi mengenai ketetapan-ketetapan dasar parti yang menyentuh soal prinsip dan halatuju perjuangan parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Selain itu, MKT UMNO turut meminta seluruh pimpinan parti yang menganggotai pentadbiran negara supaya memperteguhkan usaha dengan memfokuskan agenda mensejahterakan rakyat yang sedang bergelut dengan kos sara hidup yang kian meningkat.

Ini terutamanya menteri, timbalan, pengerusi agensi dan syarikat milik kerajaan.

UMNO turut menyambut baik cadangan Perdana Menteri untuk mewujudkan kembali Konvensyen Ekonomi Bumiputera.

UMNO menawarkan untuk mengurus-selia penganjurannya sebagaimana yang pernah UMNO laksanakan pada tahun 1965 sehingga tertubuhnya MARA setahun kemudian.

BBerkaitan

Latest articles