Kertas Siasatan Gangguan Seksual Oleh KP Agensi Penguatkuasa Akan Dirujuk Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Siasatan berkenaan kes gangguan seksual membabitkan Ketua Pengarah sebuah agensi penguatkuasaan telah selesai, demikian menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau memberitahu polis telah mengambil keterangan daripada lima saksi, termasuk seorang wanita berusia 39 tahun.

“Kertas siasatan yang dilengkapkan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara esok (Jumaat) untuk tindakan susulan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 23 November lalu, Ketua Pengarah yanh bergelar Datuk itu tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya untuk memberi keterangan selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita telah menerima gangguan seksual daripada lelaki berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles