Kerajaan Madani Tidak Ambil Alih DTSB – MKN

​KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI berpendirian untuk tidak mengambil alih Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) yang menyediakan perkhidmatan berkaitan identiti rakyat.

​Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan pendirian itu dibuat berikutan laporan media berhubung cadangan pengambilalihan syarikat berkenaan.

​MKN menegaskan identiti rakyat merupakan salah satu aset strategik terpenting negara, dan Kerajaan MADANI sentiasa memberi keutamaan tertinggi kepada keselamatan serta kedaulatan identiti berkenaan.

​”Usaha mengawal selia perkara ini oleh Kerajaan MADANI adalah menerusi rangka kerja perundangan, kewangan, tadbir urus dan keselamatan.

​”Sehubungan itu, Kerajaan MADANI sentiasa meneroka dan meneliti strategi-strategi proaktif dan berkesan yang terbaik untuk mencapai matlamat memelihara keselamatan dan kedaulatan identiti rakyat,” menurut kenyataan itu.

​MKN memberitahu, strategi yang dirangka juga mestilah memberikan nilai terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.

​Kenyataan itu turut menambah bahawa Kerajaan MADANI kekal komited bagi memastikan semua pihak yang terlibat terus memberikan perkhidmatan yang selamat dan dipercayai kepada rakyat.

BBerkaitan

Latest articles