Kenyataan Berbaur Hasutan, Syed Saddiq Dipanggil Bukit Aman

Berikutan kenyataan yang didakwa berbaur hasutan, bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini dipanggil ke Bukit Aman pada 2.30 petang tadi untuk diambil keterangan.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.

“Kita akan panggil bekas menteri itu ke Bukit Aman, jam 2.30 petang hari ini.

“Syed Saddiq akan disiasat mengikut akta hasutan dan komunikasi multimedia,” katanya memetik laporan BH.

Syed Saddiq, pada 6 Mac lalu terlibat dalam satu sesi wawancara bersama sebuah stesen televisyen antarabangsa, Al-Jazeera.

Memetik ciapannya di Twitter, Syed Saddiq mengesahkan dipanggil pihak polis dan bersedia memberi kerjasama.

BBerkaitan

Latest articles