Kanak-Kanak Autisme Hilang 4 Hari Ditemui Lemas

KUALA LUMPUR: Pencarian selama empat hari berakhir dengan duka apabila seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia lima tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu ditemukan meninggal dunia di tepi sungai, semalam.

Mayat Muhd Aniq Faiz Muhammad Ashraf ditemukan tersangkut di celah timbunan batang buluh yang terapung kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Kampung Bahagia Dua, Tamparuli.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohammad Nor Amit berkata jasad mangsa ditemui pasukan penyelamat sekitar jam 12.20 tengah hari menerusi pencarian menggunakan kaedah water rafting.

“Mayat mangsa ditemukan di kawasan tepi sungai sebelum diangkat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan sejak Ahad ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.15 tengah hari semalam.

Kehilangan Muhd Aniq disedari oleh ahli keluarganya sekitar 1.30 tengah hari pada Ahad lalu selepas mendapati dia tidak berada di dalam rumah.

Usaha awal mencari hanya menemukan sebuah anak patung milik mangsa di halaman rumah sekaligus membuatkan sekeluarga bimbang dan akhirnya membuataporan polis.

BBerkaitan

Latest articles