Jepun Guna Robot Pepper Untuk Jaga Pesakit Covid-19 Bergejala Ringan

Satu robot yang diberikan nama Pepper dan ia boleh membaca emosi manusia, berinteraksi, memberi amaran serta kata-kata perangsang kini ditempatkan di sebuah hotel di Jepun yang menempatkan pesakit-pesakit yang bergejala ringan Covid-19.

Portal berita Filipna Philstar melaporkan langkah itu adalah hasil kerjasama kerajaan tempatan dengan pihak hotel dalam usaha memastikan keselamatan pesakit yang dipindahkan sementara ke hotel berkenaan untuk mengurangkan kesesakan di hospital.

“Kamu tak boleh melawan koronavirus dengan perut kosong. Sila makan untuk kekal sihat,” antara suara Pepper ketika berinteraksi dengan pesakit. Robot itu turut memakai penutup hidung dan mulut.

Robot itu dihasilkan SoftBank Robotics.

Pengarah Pemasarannya, Kan Kiyota berkata, kemudahan itu menggantikan tenaga kerja manusia berikutan pesakit Covid-19 tidak boleh berinteraksi dengan orang lain.

“Oleh kerana pesakit dijangkiti virus ini tidak mungkin dapat berinteraksi dengan orang lain, jadi ini fungsinya robot,” katanya.

Pihak berkuasa Tokyo bekerjasama dengan lima hotel untuk menggunakan 2,800 bilik pesakit namun hanya 200 bilik digunakan setakat ini.

“Pesakit dikuarantin dua minggu, jadi kita guna robot sebagai penyambut tetamu untuk bantu pesakit rasa lebih selesa,” kata jurucakapnya, Naoko Kubota.

Hotel berkenaan turut menggunakan khidmat robot bagi tugas membersih dan mencuci.

Bagaimanapun, tugas penjagaan kesihatan dan pemantauan suhu dan oksigen pesakit tetap dilakukan doktor dan jururawat bertauliah.

Setakat semalam, negara itu merekodkan 15,477 kes positif Covid-19 dengan 577 kematian. – TRI

BBerkaitan

Latest articles