Janji temu suntikan vaksin AstraZeneca dibuka semula untuk warga emas mulai Hari Ini

Tempahan slot janji temu suntikan vaksin AstraZeneca sebanyak 1,240,000 dos kepada warga emas akan dibuka semula mulai jam 12 tengahari hari ini.

Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) berkata, pemberian suntikan bagi pusingan kedua akan dilakukan pada 7 Jun hingga 27 Julai ini untuk dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ) yang ditetapkan di seluruh negara.

“Lapan PPVAZ akan melaksanakan inisiatif itu iaitu Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang, Persada Johor International Convention Center, Johor Bahru, Borneo Convention Center Kuching, Sarawak,Institut Kemahiran Belia Negara Miri, Sarawak, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam (ICC),” kata badan itu dalam kenyataan semalam.

Menurut CITF, tempahan vaksin AZ hanya dibuka kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

CITF memaklumkan bahawa ini adalah salah satu langkah untuk memastikan warga emas yang termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi terus dilindungi.

“Mereka yang berminat boleh mula membuat tempahan di www.vaksincovid.gov.my esok dan pada masa yang sama, CITF mengalakkan orang muda untuk membantu warga emas untuk membuat tempahan ini untuk memudahkan urusan mereka.

“Mereka yang telah mendaftarkan nama di bawah senarai menunggu sewaktu tempahan slot 2 Mei 2021 yang lepas akan dimasukkan secara automatik ke dalam tempahan slot vaksinasi AstraZeneca pusingan ini,’ katanya.

BBerkaitan

Latest articles